Pertama sekali anda perlu tahu, kalau saya tidak pakar, anda tidaklah terjumpa web ini dan baca sampai disini. Betul tak? Eh.. Gurau jer..! 
Baiklah, mungkin pengalaman itu satu anugerah yang terlalu tinggi nilainya. Dan saya rasa anda juga patut memiliki pengalaman. Jika anda tiada pengalaman, inilah masanya untuk anda mencuri pengalaman dari saya. Mungkin anda pernah dengar satu pepatah punjangga “Belajar dari pengalaman orang lain..”
Saya memulakan perniagaan internet pada tahun 2006 lagi ketika saya menuntut dalam bidang kejuruteraan di Universiti terkemuka di Kuala Lumpur. Internet bukanlah satu bidang saya, tetapi, hanya faktor minat yang terlalu mendalam membuatkan saya fanatik untuk membina empayar dalam perniagaan internet.
Saya bermula dengan blog percuma iaitu blogdrive dan sertai laman social Friendster sejak tahun 2004. Tetapi, selama 2 tahun saya cuma menjadi pengguna dan menghabiskan masa sahaja “main Friendster” dan update blogdrive. Ketika itu Facebook baru wujud dan tidak popular lagi.
Saya akan rasa puas bila rakan Friendster saya ramai dan banyak testimoni di 'home' saya. Dan juga, lebih rasa membanggakan bila rakan-rakan Friendster saya membuka dan membaca blogdrive saya.
Kemudian saya mula berjinak-jinak dengan medium “multiply” untuk upload gambar ke internet. Sehinggalah pada suatu hari saya terlihat iklan “Workshop Perniagaan Internet” oleh Dr Irfan Khairi. Dari situ saya mula mengenali siapa Irfan Khairi ni. Rupanya beliau adalah Jutawan Internet pertama Malaysia dan bergelar jutawan pada usia 25 tahun.
Saya mula minat kearah itu dan tertarik dengan workshop yang beliau anjurkan. Namun, apakan daya, kos workshop bukannya mahal, tetapi cuma saya sendiri yang tak mampu ketika itu. Saya mula mencari dan “explore” teknik buat duit di internet yang tidak memerlukan modal kalau boleh. Ramai yang bercerita dapat duit dari “clickbank”, sertai program “affilaiate”, “CPA” , jual barang di “Ebay”, “CPC” dan sebagainya. Namun, saya rasa diri saya cukup kerdil kerana tak tahu apa-apa istilah tersebut.
Saya sertai laman komuniti WangCyber yang mana disinilah ramai usahawan internet berdiskusi dan lepak. Sebagai orang baru (newbie) pada tahun 2007, saya Cuma mampu memerhatikan apa yang mereka bincangkan. Nak menyelit pun rasa takut. Sebab itulah post saya tak banyak dalam forum tu. Namun, tetap memerhatikan dari jauh saja apa yang berlaku.
Saya tertarik dengan konsep buat duit dengan google. Katanya tiada modal dikeluarkan. Ianya dinamakan sebagai Google Adsense. Tambahan pula buat duit dengan Google Adsense ini perlukan blog. Saya rasa ada kaitan dengan diri saya yang sudah memiliki blog. Tapi, medium blogdrive tidak diterima untuk sertai Google Adsense. Blog percuma yang diterima adalah dengan “blogspot” sahaja.
Nampaknya saya kena explore benda baru lagi. Tapi tak mengapa, kisah sebenar saya dalam bidang perniagaan internet akan bermula ketika ini. Saya gagahkan diri untuk “cuba jaya” bina blog dengan “blogspot”. Alhamdulillah, selepas 2,3 hari, blog saya siap dengan sempurna beserta template design baru dan plugin yang menarik.
Saya mula membuka akaun di Google Adsense.
Tapi, setelah 2,3 bulan, tiada hasil yang saya perolehi. Rasa give up pun ada. Apa yang tak kena? Pelawat tidak ramai. Kalau ikutkan nak pasang iklan, memang saya tak mampu.

Pada mulanya hanya dapat USD0.69 sen sahaja dan ada yang USD0.02 sen sahaja.. 
Saya mula mencari lagi teknik pemasaran pula.
Satu persatu saya mencuba. Dari forum ke forum saya join. Dari satu ebook panduan ke satu ebook panduan saya beli dan baca.
Akhirnya, pelawat mula ramai. Dari 10-20 pelawat sehari, terus meningkat setiap hari sehinggalah ke 5000 pelawat setiap hari. Ada sampai satu masa blog saya meletop mencecah 12,000 pelawat yang masuk dalam sehari.

Bila ramai pelawat, pendapatan Google Adsense saya semakin meningkat. Bermula dengan 2,3 sen USD, lama kelamaan mencecah ke 20 ke 30 USD setiap hari. Walaupun tak banyak, ianya cukup memberikan kepuasan kepada saya setelah lama mencuba dan terus mencuba dalam mencari pendapatan di internet.


JUMLAH TERKUMPUL SEHINGGA 2009 - RM20k.
Apabila blog dah punyai ramai pelawat, saya mula menjual ruang iklan. Dalam masa yang sama, saya ceburi bidang baru di internet. Saya menjual jam tangan pula di lelong.com.my hanya dengan modal serendah RM70 sahaja.
Keuntungan mula berlipat ganda sehingga dapat customer dari Kota Kinabalu. Saya mula yakin dengan internet boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Kemudian, saya sertai pula “Affiliate Program”. Tiada modal diperlukan juga. Hanya promosikan produk orang lain, dan jika ada pelawat singgah melalui “link affiliate” kita, kita akan dibayar komisen. Kerja ini saya lakukan sekali sahaja iaitu daftar akaun affiliate dan pasang banner di blog popular saya tadi.
Dan seterusnya, komisen jualan saya terima setiap bulan sehingga lah kini. Itu kalau satu affiliate, bagaimana pula kalau 4,5 affiliate?
Saya tidak terlalu tamak dengan sertai berpuluh affiliate. Saya sertai affiliate yang ada kaitan dengan artikel blog saya sahaja. Istilah ini di internet di panggil “Niche”.
berikut bukti, kerja 10 minit (pasang banner di blog) dan dapat pulangan berterusan:
Komisen jualan mempromosikan produk fizikal.

Komisen jualan setiap bulan mempromosikan autoresponder.

Komisen jualan 100% hasil jualan produk Resell Right - Kit Blogger dan seterusnya, saya ada banyak sertai perniagaan internet untuk menimba pengalaman baru. Dalam masa yang sama juga, saya menuntut ILMU dan berguru untuk mendapatkan Teknik dan Starategi Perniagaan Internet. Tak kurang RM20,000 saya laburkan dalam menuntut ilmu ni.
 
Bersama Jutawan Abg Abu (Garaj Wang) dan bengkel Dr Azizan Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan

Bersama Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi.
Kini, saya merupakan usahawan internet sepenuh masa. Saya ada menubuhkan "Akademi Santai" sebagai platform untuk mengembangkan ilmu perniagaan internet saya. Alhamdulillah, training saya mendapat sambutan yang ramai.
Fokus saya adalah untuk meningkatkan jualan apa sahaja produk yang anda jual di internet. Tanpa promosi, apa jua bisnes pun di internet ni tak menjadi.

Training Akademi Santai.

Sebagai penyelesaian kepada masalah anda, saya ingin
 
|